Tak perlu beli barangan mahal utk menghias bilik anak. Gunakan kreativiti anda sendiri dgn menggunakan barangan yg telah sedia ada...Jom kita lihat hasilnya..
Ini bilik tidur anak saya berumur 12 tahun. Sticker tu saya beli di Jusco dan saya tampal sendiri. Wall Hanging dgn nama "Dania' tu saya jahit sendiri dgn gunakan kain felt. Huruf itu dilekatkan atas kain cotton polkadot. Wall hanging 3 pcs tu saya gunakan tiles lebihan buat rumah. Lampu itu sebenarnya tiada hiasan, maka utk menceriakannya, saya tambah sikit hiasan.
Frame gamba tu adalah hasil kami sekeluarga selesaikan jigsaw puzzle. Dah siap, hantar ke kedai utk di framekan. Jurai2 tu pulak hasil seni dari felt.
3 pcs tiles ni saya gunakan teknik decoupage. Kosnya tak sampai RM5 pun...murah dan cantik
Dua ekor beruang comel ni saya gunakan template. Gambarnya saya print & lekatkan atas kertas keras. Potong ikut gamba dan lekatkan. Tak pasal2 penyangkut baju yg murah itu bertukar jadi menarik..Jimat kos..
No comments:
Post a Comment